KEMBARA SYIFA'

KEMBARA SYIFA'

BANNER

BANNER

Friday 25 April 2014

BARANG-BARANG SUMBANGAN YANG SUDAH TERKUMPUL SETAKAT INI!!!

Assalamualaikum dan apa khabar semua!!!

Sihatkah hari ni?kalau rasa tak sedap badan, rasa nak dapat sakit tekak, perbanyakkan minum air ya. Elakkan dari awal sebelum kita diserang demam. Maklum la sekarang cuaca tak menentu. Nanti semua kerja tak best nak dibuat bila demam. Betul tak?

Ingat tak kami pernah offer untuk anda semua yang berminat untuk menderma atau memberi sumbangan?Tidak kira dari sisi duit atau kewangan?

Jom kita tengok barang-barang yang sudah terkumpul setakat ini. Banyak sangat!!!




Kasut pun ada.. kami pula yang teringin..hehe..

Sejadah, beg tangan dan lain-lain.

Bersepah-sepah..hahaha..tak larat nak susun dah.

Macam-macam ada!!!

Belon pun ada orang bagi...Boleh kami guna untuk permainan dengan orang-orang kampung nanti. (^_^)
Untuk pengetahuan semua, barang-barang ini adalah hasil sumbangan dari Mahasiswa/i UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM). Tidak kurang juga, ada yang memberi sumbangan dari sisi kewangan. Ribuan terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang diberikan. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda seperti mana anda mempermudahkan urusan orang-orang asli ini dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda. (^_^)

WOW!! Dari satu universiti sahaja kami dapat kumpulkan berplastik-plastik baju dan lain-lain. Untuk memudahkan pengagihan barang-barang di kampung nanti, kami kumpul ikut jenis pakaian. Ini dia gambar selepas kami sort out mana satu baju, baju kurung, seluar, kain, tudung dan barang-barang lain...


Nampak macam kecil je kan..tapi nak patah pinggang kami mengangkat nya,,ikut kata seorang kawan kami ni, sampai nak asma dibuat nya.. Tak pun rasa dah macam kena "Herniated Nucleus Pulposus"..hahaha..
.
Jadi, ada lagi yang masih berminat untuk menyumbang????

AYUH!!! Ringan-ringankan tangan anda untuk menyumbangkan barang-barang yang masih baik dan elok untuk orang-orang asli. Kami sangat mengharapkan anda semua untuk menyokong usaha kami yang tidak seberapa ini untuk mempermudahkan urusan orang-orang kampung. Kami sangat berharap agar lebih ramai yang akan menyumbang terutama dari sisi KEWANGAN kerana lebih mudah untuk kami menyediakan barang-barang keperluan untuk orang-orang asli nanti.

Bagi yang berminat untuk menyumbangkan barang atau nak memberi sumbangan duit by hand, anda boleh hubungi ahli program KEMBARA SYIFA' dari pelbagai universiti di bawah. Mereka boleh dihubungi melalui facebook.


UKM Kampus Cheras: Shakirah Hasshim 
UKM Kampun Kuala Lumpur: Rumaisak FarizalHanya Faiz J
UiTN Kampus Sg. Buloh: Nadiah Khairani
Universiti Putra Malaysia: Nieza Natasya Junladjun
UniKL RCMP: Faiz Mansor Shah
USM Kubang Kerian: Sas Aini
UM: Ana Maisarah
UTP: Aiman Ahmad
MAHSA: Masnianti Bakri
SEGi: Surfina Ahmad Saharuddin


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berinfaq ini!!!
Kami akan mengumpulkan barang-barang ini SEHINGGA 1 MEI 2014 SAHAJA!!

CEPAT!!! CEPAT!!! CEPAT!!! 

MUNGKIN INI ADALAH SAHAM YANG DAPAT MEMBANTU ANDA SEKELUARGA DI AKHIRAT KELAK, insyaAllah!!!

No comments:

Post a Comment