KEMBARA SYIFA'

KEMBARA SYIFA'

BANNER

BANNER

Monday 19 May 2014

Assalamualaikum semua.


Insya Allah, yang ditunggu-tunggu telah tiba.



 
"KESIHATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

SUMBANGAN WAKAF UNTUK KEMBARA SYIFA'

Assalamualaikum w.b.t

Debaran kian terasa,
Detik kemuncak bakal tiba,
Crews Kembara Syifa' bersiap siaga,
Pastikan Kembara Syifa' menggegar dunia.

*chewah*

Insya Allah, tinggal 11 hari sahaja lagi untuk Kembara Syifa' bertukar dari mimpi kepada realiti. 

Segala persediaan dari segi kelengkapan berkhatan, peralatan bagi pemeriksaan kesihatan dan pembelian barangan keperluan sedang berjalan dengan giat mengikut perancangan yang telah dibuat dengan rapinya sebelum ini.

Kesungguhan krew Kembara Syifa' dalam menjalankan tugas:

merancang dan melaksana yang boleh diibaratkan seperti,
kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh yang ingin menawan Kota Konstatinopel,

atas niat kerana Allah yang Maha Esa yang boleh diibaratkan seperti,
kesungguhan Bilal bin Rabah yang menegakkan kalimah Ahad tatkala diseksa

untuk menolong atas dasar saudara seIslam dan kasih sayang.
yang boleh diibaratkan seperti dan Doraemon yang menolong Nobita, *eh*


Baru-baru ini, Kembara Syifa' telah menerima sumbangan wakaf Al-Quran dan telekung daripada Konsortium Wakaf Al-Quran untuk diagihkan kepada masyarakat orang asli di Perkampunagan Orang Asli, Kuala Boh, Cameron. Murah rezeki orang asli Kuala Boh ni ye...


Ini adalah En. Suhaimi, wakil dari Konsortium Wakaf Al-Quran yang membantu dalam menguruskan pembahagian wakaf Al-Quran dan telekung kepada Kembara Syifa'.


Al-Quran yang diwaqafkan untuk Kembara Syifa'. 
Ada dalam 150++ naskah yang perlu diagihkan.


Ini pula telekung waqaf yang akan diagihkan juga di kampung orang asli. 
Cantik-cantik telekungnya. Mesti seronok masyarakat orang asli disana nanti.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Konsortium Waqaf Al-Quran dan En. Suhaimi atas kerjasama dan sumbangan waqaf Al-Quran dan telekung kepada Kembara Syifa'. 
Semoga redha Allah bersama-sama kita.



Insya Allah, Kembara Syifa' masih lagi mengalu-alukan sumbangan infak daripada anda semua tidak kisahlah dalam bentuk kewangan mahupun barangan untuk menjayakan program Kembara Syifa' ini.

Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah 2, ayat 261:

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Jadi, apa tunggu lagi! Jom!


Sekian, untuk entri kali ini.

Terima kasih ^_^



"KESIHATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

Friday 2 May 2014

KONFERENS KEMBARA SYIFA'

Antara Doktor-doktor, Mahasiswa dan Mahasisiwi yang hadir ke konferens KS.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana dengan nikmat kurnia Nya dapat kami, warga organisasi Kembara Syifa' (KS), dengan julung-julung kalinya berjaya mengadakan konferens kami yang pertama.

Konferens ini telah diadakan di Auditorium Pusat Perubatan UKM (PPUKM) di Cheras pada 1 Mei 2014, bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Konferens ini telah dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi dari pelbagai universiti seluruh Malaysia, antaranya UKM, UiTM, USM Kubang Kerian, UM, UniKL RCMP, UPM, SEGi dan MAHSA. Ia juga diserikan lagi dengan kehadiran doktor-doktor yang akan menjayakan misi kami, iaitu Dr. Hizul Azri, Dr. Lokman, Dr. Shafiqah Sufyan dan Dr. Hasimah Karsimin. Terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang diberikan!!!

Tujuan konferens ini diadakan adalah untuk memastikan kelancaran program KS ketika hari kejadian nanti, di mana di dalam konferens ini setiap unit akan membentangkan hasil gerak kerja mereka kepada semua ahli organisasi. Sebarang pertanyaan dan kekeliruan oleh ahli organisasi diselesaikan dalam konferens ini.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar konferens berlangsung.

Pendaftaran





Taujih dari Dr. Hizul Azri, MD. UnPad, yang mantap dan sangat membooster semangat kami!!





Pembentangan dari bendahari


Dr. Shafiqah Sufyan,MD UKM yang berkaliber

Masukan dan idea dari Dr. Hizul


Pembentangan dari Team Dana yang menjadi aset penting bagi menjayakan prog KS nanti.


Pertanyaan dari ahli organisasi, mahasiswa USM KK


Ahli Team Jamuan yang bersemangat waja!!!



"Semoga Allah Redha"


Kami berharap agar dengan berlangsungnya konferens ini, semua musykillah dan permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dan akan mengikat lagi kekuatan ukhwah dan persaudaraan antara kami. Kami berdoa agar proram KS nanti berjaya dilaksanakan dengan baik, mendapat sambutan dari penduduk kampung dan yang paling penting, kami memohon agar redha Allah S.W.T sentiasa mengiringi kami sepanjang proses persiapan sehingga ke hari berlangsungnya program KS nanti.

Kami memohon dari para pembaca sekalian untuk mendoakan kelancaran program kami ini.

Jazakallah khair kathiran dan terima kasih


"...Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya"
[Surah Al-Baqarah, 2: 139]

Friday 25 April 2014

BARANG-BARANG SUMBANGAN YANG SUDAH TERKUMPUL SETAKAT INI!!!

Assalamualaikum dan apa khabar semua!!!

Sihatkah hari ni?kalau rasa tak sedap badan, rasa nak dapat sakit tekak, perbanyakkan minum air ya. Elakkan dari awal sebelum kita diserang demam. Maklum la sekarang cuaca tak menentu. Nanti semua kerja tak best nak dibuat bila demam. Betul tak?

Ingat tak kami pernah offer untuk anda semua yang berminat untuk menderma atau memberi sumbangan?Tidak kira dari sisi duit atau kewangan?

Jom kita tengok barang-barang yang sudah terkumpul setakat ini. Banyak sangat!!!




Kasut pun ada.. kami pula yang teringin..hehe..

Sejadah, beg tangan dan lain-lain.

Bersepah-sepah..hahaha..tak larat nak susun dah.

Macam-macam ada!!!

Belon pun ada orang bagi...Boleh kami guna untuk permainan dengan orang-orang kampung nanti. (^_^)
Untuk pengetahuan semua, barang-barang ini adalah hasil sumbangan dari Mahasiswa/i UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM). Tidak kurang juga, ada yang memberi sumbangan dari sisi kewangan. Ribuan terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang diberikan. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda seperti mana anda mempermudahkan urusan orang-orang asli ini dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda. (^_^)

WOW!! Dari satu universiti sahaja kami dapat kumpulkan berplastik-plastik baju dan lain-lain. Untuk memudahkan pengagihan barang-barang di kampung nanti, kami kumpul ikut jenis pakaian. Ini dia gambar selepas kami sort out mana satu baju, baju kurung, seluar, kain, tudung dan barang-barang lain...


Nampak macam kecil je kan..tapi nak patah pinggang kami mengangkat nya,,ikut kata seorang kawan kami ni, sampai nak asma dibuat nya.. Tak pun rasa dah macam kena "Herniated Nucleus Pulposus"..hahaha..
.
Jadi, ada lagi yang masih berminat untuk menyumbang????

AYUH!!! Ringan-ringankan tangan anda untuk menyumbangkan barang-barang yang masih baik dan elok untuk orang-orang asli. Kami sangat mengharapkan anda semua untuk menyokong usaha kami yang tidak seberapa ini untuk mempermudahkan urusan orang-orang kampung. Kami sangat berharap agar lebih ramai yang akan menyumbang terutama dari sisi KEWANGAN kerana lebih mudah untuk kami menyediakan barang-barang keperluan untuk orang-orang asli nanti.

Bagi yang berminat untuk menyumbangkan barang atau nak memberi sumbangan duit by hand, anda boleh hubungi ahli program KEMBARA SYIFA' dari pelbagai universiti di bawah. Mereka boleh dihubungi melalui facebook.


UKM Kampus Cheras: Shakirah Hasshim 
UKM Kampun Kuala Lumpur: Rumaisak FarizalHanya Faiz J
UiTN Kampus Sg. Buloh: Nadiah Khairani
Universiti Putra Malaysia: Nieza Natasya Junladjun
UniKL RCMP: Faiz Mansor Shah
USM Kubang Kerian: Sas Aini
UM: Ana Maisarah
UTP: Aiman Ahmad
MAHSA: Masnianti Bakri
SEGi: Surfina Ahmad Saharuddin


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berinfaq ini!!!
Kami akan mengumpulkan barang-barang ini SEHINGGA 1 MEI 2014 SAHAJA!!

CEPAT!!! CEPAT!!! CEPAT!!! 

MUNGKIN INI ADALAH SAHAM YANG DAPAT MEMBANTU ANDA SEKELUARGA DI AKHIRAT KELAK, insyaAllah!!!

Friday 11 April 2014

PELUANG UNTUK MERAIH PAHALA !

                                 JOM BERINFAK !!

      COUNTING FOR KEMBARA SYIFA' !!
 Inginkah peluang untuk meraih pahala??
Jom berinfak! :) InshaAllah sumbangan anda dapat meringankan beban mereka :)

     “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS Al-Baqoroh [2] : 261)






Sebarang pertanyaan & keterangan lanjut boleh terus hubungi no yang tertera..
Teruskan INVITE FRIENDS & LIKE page FB rasmi kami di 



Wednesday 2 April 2014

SAVE YOUR DATE!!

Assalamualaikum...
pasti ramai yang tertanya-tanya di manakah lokasi KEMBARA SYIFA' pada tahun ini kan?
   haaa, untuk pengetahuan semua, perkampungan yang menjadi pilihan pada kali ini ialah KAMPUNG KUALA BOH, CAMERON, PAHANG :)
  Jadi jangan lupa save your date on 30MEI-1JUN 2014 untuk bersama-sama kami memeriahkan aktiviti..
pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan !! 

  Berikut adalah antara gambar yang sempat kami rakamkan ketika mengadakan lawatan ke kampung berkenaan :) teruskan INVITE FRIENDS & SHARE STATUS KEMBARA SYIFA' di
https://www.facebook.com/pages/Kembara-Syifa/301235946692151 .. let's spread this news!!








                              "KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI."


Friday 28 March 2014

JOM KENALI KAMI!!!

assalamualaikum..

KEMBARA SYIFA' merupakan salah satu program yang julung-julung kalinya diadakan di bawah naungan NEO SYNERGY TRAINING CENTRE..
  Syarikat ini merupakan satu syarikat motivasi yang sering mengadakan kem-kem motivasi di seluruh IPTA & sekolah.. jom like FB NEO SYNERGY TRAINING CENTRE utk mengetahui dengan lebih lanjut!!
https://www.facebook.com/groups/neosynergy/ :)

Antara program yang sedang diadakan ialah KEM KENALI IPT (28-30 mac 2014) bertempat di UTP & USM KUBANG KERIAN (27-29 mac 2014)
  https://www.facebook.com/kem.kenaliipt.7/photos

NEXT??? haa jangan lupa KEMBARA SYIFA!! LIKE PAGE FB kami di https://www.facebook.com/pages/Kembara-Syifa/301235946692151?ref=hl & jangan lupa INVITE FRIENDS untuk keterangan yang lebih lanjut..sebarang perkembangan akan terus disebarkan dari semasa ke semasa :)

   "KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"