KEMBARA SYIFA'

KEMBARA SYIFA'

BANNER

BANNER

Sunday 28 June 2015

KEMBARA SYIFAA 2.0: SUNATHON


Bismillah,

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana KEMBARA SYIFAA 2.0. Antara aktiviti yang menarik perhatian dalam ini adalah sunathon. Bukan solat sunat beramai-ramai tapi bersunat beramai- ramai. Ramai juga masyarakat yang keliru bila kami mempromosikan aktiviti kami.

Sunat atau khatan beramai-ramai sudah jarang di buat walaupun di kawasan kampung. Kebanyakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke klinik untuk disunatkan. Kemeriahan sunat sudah tidak seseronok ketika dulu-dulu.

Oleh itu, kehadiran ahli KEMBARA SYIFAA 2.0 ke Kampung Sungai Sireh pada tahun ini untuk menghidupkan kembali suasana khatan beramai-ramai.

Sunathon kali ini berbekalkan seramai 15 orang tenaga kerja termasuk doktor perubatan, ahli farmasi, jururawat dan pelajar perubatan. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada anak-anak masyarakat setempat telah berjaya di sunatkan dengan jayanya.

Masing teriang-iang jeritan kanak-kanak.


Peserta sunathon sedang di tenangkan oleh ahli Kembara Syifaa'

Barisan Team Sunathon KEMBARA SYIFAA 2.0 owesome!


 Nantikan berita selanjutnya...