KEMBARA SYIFA'

KEMBARA SYIFA'

BANNER

BANNER

Sunday 28 June 2015

KEMBARA SYIFAA 2.0: SUNATHON


Bismillah,

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana KEMBARA SYIFAA 2.0. Antara aktiviti yang menarik perhatian dalam ini adalah sunathon. Bukan solat sunat beramai-ramai tapi bersunat beramai- ramai. Ramai juga masyarakat yang keliru bila kami mempromosikan aktiviti kami.

Sunat atau khatan beramai-ramai sudah jarang di buat walaupun di kawasan kampung. Kebanyakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke klinik untuk disunatkan. Kemeriahan sunat sudah tidak seseronok ketika dulu-dulu.

Oleh itu, kehadiran ahli KEMBARA SYIFAA 2.0 ke Kampung Sungai Sireh pada tahun ini untuk menghidupkan kembali suasana khatan beramai-ramai.

Sunathon kali ini berbekalkan seramai 15 orang tenaga kerja termasuk doktor perubatan, ahli farmasi, jururawat dan pelajar perubatan. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada anak-anak masyarakat setempat telah berjaya di sunatkan dengan jayanya.

Masing teriang-iang jeritan kanak-kanak.


Peserta sunathon sedang di tenangkan oleh ahli Kembara Syifaa'

Barisan Team Sunathon KEMBARA SYIFAA 2.0 owesome!


 Nantikan berita selanjutnya...

Monday 16 February 2015

Izinkan kami..

Fuhhh! Lap lap sikit. (Kot kot la dah berdebu kan. Hehe)

Pertama tama. Kami dari pihak kembara syifa memohon kemaafan sebab main tinggal je blog ni lone ranger seorang seorang disebabkan kesibukan hal hal yang lain. Eh! Tapi itu tak bermakna anda anda semua tak boleh update untuk sebarang info mengenai KS. Boleh! Bisa weh!

Hanya dengan klik butang facebook/instagram kembara syifa anda anda sebenarnya dah berhubung dengan kami. Mudah kan! 

Ok semua. Akhir kata dari kami. Nah kami hadiahkan video KS!