KEMBARA SYIFA'

KEMBARA SYIFA'

BANNER

BANNER

Monday 19 May 2014

Assalamualaikum semua.


Insya Allah, yang ditunggu-tunggu telah tiba.



 
"KESIHATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

SUMBANGAN WAKAF UNTUK KEMBARA SYIFA'

Assalamualaikum w.b.t

Debaran kian terasa,
Detik kemuncak bakal tiba,
Crews Kembara Syifa' bersiap siaga,
Pastikan Kembara Syifa' menggegar dunia.

*chewah*

Insya Allah, tinggal 11 hari sahaja lagi untuk Kembara Syifa' bertukar dari mimpi kepada realiti. 

Segala persediaan dari segi kelengkapan berkhatan, peralatan bagi pemeriksaan kesihatan dan pembelian barangan keperluan sedang berjalan dengan giat mengikut perancangan yang telah dibuat dengan rapinya sebelum ini.

Kesungguhan krew Kembara Syifa' dalam menjalankan tugas:

merancang dan melaksana yang boleh diibaratkan seperti,
kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh yang ingin menawan Kota Konstatinopel,

atas niat kerana Allah yang Maha Esa yang boleh diibaratkan seperti,
kesungguhan Bilal bin Rabah yang menegakkan kalimah Ahad tatkala diseksa

untuk menolong atas dasar saudara seIslam dan kasih sayang.
yang boleh diibaratkan seperti dan Doraemon yang menolong Nobita, *eh*


Baru-baru ini, Kembara Syifa' telah menerima sumbangan wakaf Al-Quran dan telekung daripada Konsortium Wakaf Al-Quran untuk diagihkan kepada masyarakat orang asli di Perkampunagan Orang Asli, Kuala Boh, Cameron. Murah rezeki orang asli Kuala Boh ni ye...


Ini adalah En. Suhaimi, wakil dari Konsortium Wakaf Al-Quran yang membantu dalam menguruskan pembahagian wakaf Al-Quran dan telekung kepada Kembara Syifa'.


Al-Quran yang diwaqafkan untuk Kembara Syifa'. 
Ada dalam 150++ naskah yang perlu diagihkan.


Ini pula telekung waqaf yang akan diagihkan juga di kampung orang asli. 
Cantik-cantik telekungnya. Mesti seronok masyarakat orang asli disana nanti.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Konsortium Waqaf Al-Quran dan En. Suhaimi atas kerjasama dan sumbangan waqaf Al-Quran dan telekung kepada Kembara Syifa'. 
Semoga redha Allah bersama-sama kita.



Insya Allah, Kembara Syifa' masih lagi mengalu-alukan sumbangan infak daripada anda semua tidak kisahlah dalam bentuk kewangan mahupun barangan untuk menjayakan program Kembara Syifa' ini.

Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah 2, ayat 261:

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Jadi, apa tunggu lagi! Jom!


Sekian, untuk entri kali ini.

Terima kasih ^_^



"KESIHATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

Friday 2 May 2014

KONFERENS KEMBARA SYIFA'

Antara Doktor-doktor, Mahasiswa dan Mahasisiwi yang hadir ke konferens KS.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana dengan nikmat kurnia Nya dapat kami, warga organisasi Kembara Syifa' (KS), dengan julung-julung kalinya berjaya mengadakan konferens kami yang pertama.

Konferens ini telah diadakan di Auditorium Pusat Perubatan UKM (PPUKM) di Cheras pada 1 Mei 2014, bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Konferens ini telah dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi dari pelbagai universiti seluruh Malaysia, antaranya UKM, UiTM, USM Kubang Kerian, UM, UniKL RCMP, UPM, SEGi dan MAHSA. Ia juga diserikan lagi dengan kehadiran doktor-doktor yang akan menjayakan misi kami, iaitu Dr. Hizul Azri, Dr. Lokman, Dr. Shafiqah Sufyan dan Dr. Hasimah Karsimin. Terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang diberikan!!!

Tujuan konferens ini diadakan adalah untuk memastikan kelancaran program KS ketika hari kejadian nanti, di mana di dalam konferens ini setiap unit akan membentangkan hasil gerak kerja mereka kepada semua ahli organisasi. Sebarang pertanyaan dan kekeliruan oleh ahli organisasi diselesaikan dalam konferens ini.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar konferens berlangsung.

Pendaftaran





Taujih dari Dr. Hizul Azri, MD. UnPad, yang mantap dan sangat membooster semangat kami!!





Pembentangan dari bendahari


Dr. Shafiqah Sufyan,MD UKM yang berkaliber

Masukan dan idea dari Dr. Hizul


Pembentangan dari Team Dana yang menjadi aset penting bagi menjayakan prog KS nanti.


Pertanyaan dari ahli organisasi, mahasiswa USM KK


Ahli Team Jamuan yang bersemangat waja!!!



"Semoga Allah Redha"


Kami berharap agar dengan berlangsungnya konferens ini, semua musykillah dan permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dan akan mengikat lagi kekuatan ukhwah dan persaudaraan antara kami. Kami berdoa agar proram KS nanti berjaya dilaksanakan dengan baik, mendapat sambutan dari penduduk kampung dan yang paling penting, kami memohon agar redha Allah S.W.T sentiasa mengiringi kami sepanjang proses persiapan sehingga ke hari berlangsungnya program KS nanti.

Kami memohon dari para pembaca sekalian untuk mendoakan kelancaran program kami ini.

Jazakallah khair kathiran dan terima kasih


"...Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya"
[Surah Al-Baqarah, 2: 139]